Cari Blog Ini

Selasa, 9 November 2010

Menulis

Penulisan : Karangan Jenis Surat Rasmi

Nota

1.

Surat rasmi merupakan surat yang mempunyai format khusus yang perlu dipatuhi.

2.

Surat jenis ini tidak boleh disisipkan dengan unsur-unsur peribahasa atau dengan bunga-bunga bahasa.

3.

Penggunaan kata ganti diri pertama dan kedua adalah penting dalam penulisan surat rasmi. Pengunaan kata diri aku, atau menyatakan nama sendiri seperti ``Abang Man, Man, Kak Long,’’ engkau, kau, lu, gua dan yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan.

4.

Yang berikut adalah antara beberapa contoh bentuk surat rasmi :


i.

Surat aduan


ii.

Surat rayuan


iii.

Surat pesanan barang


iv.

Surat undangan rasmi


v.

Surat permohonan


vi.

Surat edaran (pekeliling)

5.

Oleh sebab surat rasmi bersifat formal, maka bahasa yang anda gunakan haruslah baku dan dengan menggunakan ejaan serta tanda baca yang betul.

Format Surat Rasmi

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/2004/UPSR/BM/40206.upsr_bm_1.gif

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/2004/UPSR/BM/40206.upsr_bm_2.gif

A

Alamat Pengirim :
Ditulis di sebelah kiri di bahagian atas surat

F

Perkara :
Ditulis selepas panggilan hormat penerima dan digarisi. Huruf besar digunakan pada setiap awal kata dan tiada noktah (.)


B

Garis Panjang Melintang : Dibuat di bawah alamat pengirim

G

Isi-isi :

Perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepi surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulis jarak sedikit dari nombor

C

Nama dan Alamat Penerima :
Ditulis di bawah garis melingtang; baris akhir alamat dibubuh garis

H

Pengakuan dan Tanda Tangan Pengirim :
Ditulis di bahagian kiri bawah surat

D

Tarikh :
Ditulis di sebelah kanan surat; sebaris dengan baris akhir alamat penerima

I

Nama dan Jawatan Pengirim :
Nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan dibubuh kurungan

E

Panggilan Hormat Penerima :
Ditulis di bawah alamat penerima dan dibubuh koma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan