Cari Blog Ini

Isnin, 8 November 2010

Membaca

Pemahaman: Ucapan

Baca ucapan di bawah.

Yang berbahagia Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Zainal Abidin, guru-guru dan rakan-rakan, salam sejahtera saya ucapkan.

Saya sebagai wakil murid Kelas 5 Mawar ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menyampaikan ucapan dalam majlis yang bermakna ini. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Cikgu Zainal yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada bulan Ogos ini. Walaupun kami berasa sedih dengan pemergian cikgu, demi masa depan cikgu, kami relakan biarpun dengan hati yang berat.

Untuk pengetahuan semua, Cikgu Zainal telah mengajar di sekolah ini selama lima tahun. Banyak jasa yang telah ditaburkan oleh beliau sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Beliau merupakan guru disiplin di sekolah. Beliau telah dilantik sebagai guru kelas 5 Mawar pada tahun ini. Di samping itu, beliau juga merupakan jurulatih pasukan bola tampar sekolah.

Cikgu Zainal seorang guru yang bertanggungjawab dan penyabar. Beliau sedia membantu kami dalam segala hal. Segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali, saya mewakili murid Kelas 5 Mawar ingin memohon maaf daripada Cikgu Zainal jika terdapat kesilapan yang kami lakukan. Harapan kami semoga cikgu seronok belajar di universiti dan tidak melupakan kami di sini.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan