Cari Blog Ini

Isnin, 8 November 2010

Membaca

Rencana

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Penghidap kencing manis semakin meningkat di Malaysia disebabkan tabiat segelintir masyarakat Malaysia yang suka makan makanan yang terlalu manis. Penyakit kencing manis atau diabetes berlaku apabila kandungan glukos berlebihan di dalam darah. Glukos atau gula yang terkumpul dengan banyaknya dalam darah akan melimpah ke dalam air kencing. Kandungan glukos yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga kerana glukos yang terkumpul itu tidak dapat masuk ke dalam sel badan.

Penyakit kencing manis harus dikawal dengan segera. Kandungan gula yang tinggi serta berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit lain seperti kebas di bahagian hujung kaki dan tangan. Selain itu, penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan penghidapnya hilang deria sentuh. Penghidap kencing manis juga sering kencing malam kerana buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Dengan ini, pundi kencing akan penuh dengan lebih cepat. Kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh penyakit kencing manis juga akan menyebabkan penyakit jantung dan serangan angin ahmar berlaku.

Insulin ialah ubat atau pengawal kandungan glukos dalam darah. Insulin merupakan sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas yang terletak di belakang perut. Insulin berfungsi membantu glukos memasuki sel badan dan menukarnya menjadi tenaga. Selain mengambil insulin, mereka juga harus mengambil makanan yang seimbang untuk memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terjamin. Pesakit diabetes harus mengamalkan cara hidup yang sihat.

1

Apakah punca yang menyebabkan semakin meningkat jumlah penghidap kencing manis di Malaysia?

A

Tabiat rakyat Malaysia yang suka makan larut malam.

B

Tabiat rakyat Malaysia yang terlalu rajin bekerja tanpa rehat.

C

Tabiat rakyat Malaysia yang suka makan makanan yang terlalu manis.

D

Tabiat rakyat Malaysia yang suka mengamalkan makanan berkanji.

2

Maksud perkataan ‘melimpah’ dalam petikan ialah

A

tumpah keluar

B

menjadi berlapis

C

telah bertindih

D

terlalu cepat

3

Mengapakah penghidap kencing manis selalu kencing pada waktu malam?

A

kerana buah pinggang dipenuhi dengan glukosa.

B

kerana penghidap kencing manis minum air dengan banyak.

C

kerana penghidap kencing manis telah kehilangan deria rasa.

D

kerana buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa.

4

Yang berikut ialah penyakit-penyakit sampingan apabila seseorang itu menghidap kencing manis kecuali

A

paru-paru berair

B

hilang deria sentuh

C

serangan angin ahmar

D

tangan menjadi kebas

5

Mengapakah insulin penting kepada penghidap kencing manis?

A

Insulin mampu menyembuhkan kerosakan buah pinggang.

B

Insulin dapat mengawal kandungan glukos dalam darah.

C

Insulin boleh mengawal glukosa daripada memasuki sel badan.

D

Insulin merupakan makanan seimbang kepada pesakit kencing manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan