Cari Blog Ini

Selasa, 9 November 2010

Menulis

Menulis menggunakan bahasa melayu standard

Komuniti: Tutorial | 24/05/2007 | 02:46:44 AM | 430 Views

Share

► Tweet

http://www.kapasitor.net/images/buzz.png


Benar, menulis adalah sesuatu yang indah.

Ada antara kita menulis sebagai mengisi masa lapang. Ada juga yang menulis sebagai satu bentuk ekspresi diri. Tak kurang juga ada yang menulis untuk meluahkan perasaan. Maka, lahirlah karya sama ada dalam bentuk sajak, puisi, cerpen, madah, pantun dan pelbagai lagi. Tapi, tahukah anda sebab utama mengapa kita perlu menulis dengan menggunakan bahasa melayu standard?

Gugusan Nusantara adalah satu-satunya tempat yang mana populasi manusia yang menggunakan bahasa melayu paling ramai. Ini termasuklah di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah, ada juga pengguna bahasa melayu di Thailand dan Filipina. Di sinilah letaknya kepentingan bahasa melayu standard kerana dengan menggunakan bahasa melayu standard, rakan-rakan kita di Gugusan Nusantara dapat mengambil iktibar dan menganalisa setiap baris ayat yang kita gunakan dalam penulisan kita.

Harus diingat, apabila kita bercakap tentang penulisan di internet.. pembaca anda tidak terhad kepada rakan-rakan ataupun keluarga terdekat anda sahaja. Kebarangkalian pembaca anda adalah rakan-rakan kita di Gugusan Nusantara ini adalah tinggi. Salah satu populasi yang paling ramai yang boleh membaca dan memahami bahasa melayu standard adalah rakan-rakan kita di Indonesia.

Insya Allah, jika masih ada kudrat kami di Kapasitor.. kami akan menambah bahasa Indonesia sebagai bahasa baru. Dengan ini, kita dapat merapatkan silaturahim dan bertukar-tukar paradigma antara satu sama lain kerana pada dasarnya, kita adalah serumpun.

Jika ada rakan-rakan kita di Indonesia yang mahu bekerjasama dengan Kapasitor, kami memerlukan kemahiran anda untuk mengalihbahasa Kapasitor ke dalam bahasa Indonesia. Ini kerana, berdasarkan analisis pembaca yang datang ke Kapasitor (berdasarkan hasil analisis bulan April 2007), 7% dariapada pelawat dan pembaca Kapasitor adalah datangnya dari rakan-rakan kita di Indonesia dan Singapura.

Imej: Laporan trafik web Kapasitor pada bulan April 2007

Maka, selepas ini.. tanamkan dalam diri anda bahawa penulisan anda tidak mati dihujung talian TMNet Malaysia sahaja. Gunalah bahasa melayu standard dalam penulisan anda supaya keindahan penulisan anda dapat dinikmati bersama oleh rakan-rakan seantero Gugusan Nusantara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan