Penulisan : Perbincangan
1. | Untuk makluman, tumpuan tugasan pada soalan minggu ini adalah untuk melihat sama ada murid-murid boleh atau tidak memahami kehendak soalan; iaitu dua kata kunci, pendapat kamu dan langkah-langkah/cara-cara kerajaan boleh menangani kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.
|
2. | Cuba lihat rajah di bawah ini. Isi-isi utama tertumpu kepada elemen W(Why), Mengapa dan H(How), Bagaimana.
|
|
|
3. | Sebelum memulakan penulisan, binalah rangka karangan terlebih dahulu. Rangka karangan dapat membantu pelajar menghasilkan karangan yang tersusun dan menepati format serta soalan yang dikemukakan.
|
4. | Sila perhatikan contoh rangka karangan yang disediakan di bawah ini: |
Membina Rangka Karangan Pendahuluan : Gambaran umum tentang tajuk yang diberikan. Isi-isi : 1. Membaiki kemudahan jalan raya 2. Menguatkuasakan undang-undang jalan raya 3. Menjalankan ujian memandu yang lebih praktikal 4. Mengadakan kempen keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa Penutup : Rumusan/kesimpulan idea |
5. | Setiap perenggan pendahuluan, isi-isi serta penutup perlulah dihuraikan dengan baik. Perhatikan contoh di bawah ini. |
Teknik Menghuraikan Isi | ||
Pendahuluan | : | Kadar kemalangan jalan raya di negara kita dikatakan antara yang tertinggi di dunia. Negara mengalami kerugian baik dari kehilangan harta benda mahupun kehilangan guna tenaga yang amat diperlukan. |
Isi 1 | : | Antara langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan membaiki kemudahan jalan raya. Jalan raya yang rosak, bengkang-bengkok dan berselekoh tajam perlu diperbaiki. Papan-papan tanda amaran juga perlu diperbanyak bagi memberikan peringatan kepada pengguna-pengguna jalan raya. |
Isi 2 | : | Selain itu, kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Pemandu-pemandu yang melanggar peraturan perlu didenda agar dengan cara ini membuatkan mereka lebih berhemah ketika menggunakan jalan raya. Pemandu-pemandu yang terlibat dengan kemalangan maut harus digantung lesennya. |
Isi 3 | : | Sehubungan dengan itu juga, kerajaan perlu mengadakan ujian memandu yang lebih praktikal untuk melahirkan pemandu yang cekap. Pemandu perlu yakin untuk mengendalikan kenderaan masing-masing ketika lalu-lintas sesak dalam cuaca yang panas. Pemandu juga perlu biasa dengan perkara-perkara asas dalam pengendalian sesebuah kenderaan. |
Isi 4 | : | Di samping itu, kerajaan juga perlu mengadakan kempen-kempen keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa. Pengguna-pengguna jalan raya perlu dididik supaya lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika berada di jalan raya. Jalan raya bukan tempat untuk berlumba, menunjukkan kekuatan ataupun tempat untuk bersuka-suka. |
Penutup | : | Langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas adalah antara pilihan atau tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Namun demikian, semua langkah ini tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat sokongan dari semua pengguna jalan raya. Kemalangan adalah tragedi, marilah kita jadikan jalan raya di negara ini jalan raya yang paling selamat di dunia. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan