Petikan : Permasalahan Warga Tua
Nota : Bahan bacaan untuk mengulangkaji.
Perjalanan hidup manusia boleh dianggap seperti aliran sungai, bermula dari mata air membawa ke muara. Setiap bayi akan menjadi kanak-kanak, menjadi remaja, dewasa dan akhirnya tua. Apabila seseorang itu telah tua dan dalam keadaan uzur, dia dianggap tidak berguna lagi. Bagi anak-anak, terutama yang terlampau sibuk dengan urusan kerja, mereka tidak sanggup menjaga ibu bapa yang telah berumur. Adakalanya mereka menghantar ibu bapa mereka terutama yang telah nyanyuk ke rumah orang-orang tua.
Di Malaysia, menjelang tahun 2020, peratusan penduduk tua dianggarkan akan meningkat menjadi 1.4% berbanding dengan 5.70% pada tahun 1980. Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor, seperti taraf pemakanan yang lebih baik dan kemudahan perubatan yang lebih meluas. Jangkaan peningkatan bilangan orang tua menjelang tahun mendatang, akan mengakibatkan rumah kebajikan bagi orang-orang tua tidak dapat menampung pertambahan ini.
Pada tahun 2020, dianggarkan 600 000 penduduk akan mencapai usia 65 tahun. Keadaan ini akan meninggalkan seribu satu persoalan pada mereka dan negara. Masalah ini bertambah runcing dengan sikap golongan muda yang lebih mementingkan diri sendiri dan kebendaan.
Sekiranya langkah-langkah segera tidak diambil, dikhuatiri kehidupan orang tua akan terabai. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya, dengan mengisytiharkan 1 Oktober mulai tahun 1992 sebagai Hari Warga Tua, untuk mengingati sumbangan serta kewujudan mereka dalam masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan