Cari Blog Ini

Isnin, 8 November 2010

Membaca

Pemahaman : Catatan

7.00 pagi

Aku bersama dengan Rozita tiba di perhentian teksi bandar Kuantan. Kami terus mendapatkan sebuah teksi. Teksi terpaksa menunggu dua orang penumpang lagi. Aku mengajak Rozita ke gerai yang berhampiran untuk membeli senaskah akhbar dan sebuah majalah hiburan. Lima belas minit kemudian, barulah teksi itu bergerak meninggalkan bandar Kuantan.

11.00 pagi

Teksi yang kami naiki sampai di perhentian teksi Kuala Terengganu tepat pada masanya kerana tiada masalah air yang melimpah lagi. Aku meninjau-ninjau akan orang yang sepatutnya menunggu kami berdua. Tiba-tiba, bahu Rozita ditepuk dari belakang. Aku agak kebingungan. Rupa-rupanya, itulah Romi adik Rozita. Lega rasa hatiku kerana sudah lama menunggu untuk dijemput.

11.15 pagi

Kami menaiki bot penambang untuk ke Duyung. Keadaan sekeliling sungguh tenang. Udaranya segar. Kocakan air menghiburkan. Air laut kelihatan kebiru-biruan. Aku kagum dengan ciptaan Tuhan.

11.30 pagi

Setibanya aku di rumah Rozita, seisi rumah menyambut ketibaan kami. Aku diperkenalkan dengan semua keluarga Rozita. Tidak lama kemudian, ibu Rozita menghidangkan makanan kesukaanku iaitu keropok lekor dan air kopi panas. Aku dan Rozita menghabiskan kesemua makanan itu kerana sangat lapar. Sekali lagi aku dilayan oleh keluarga Rozita seperti anak raja, aku diberikan bilik untuk berehat.

3.30 petang

Rozita mengajak aku bersiar-siar. Aku berasa seronok sekali kerana tidak pernah diberi kesempatan untuk mengunjungi kampung yang begitu memikat hatiku. Di sepanjang jalan, aku melihat banyak pokok kelapa yang melambai-lambai ditiup angin. Musim cuti sekolah memang betah buatku untuk tinggal di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan