Cari Blog Ini

Isnin, 8 November 2010

Membaca

Pemahaman : Dialog

Pada hari Jumaat yang lalu, Nizam, Amandar dan Lily telah ke Pasar Raya Giant, Seremban. Mereka ke sana untuk membeli beberapa hadiah untuk diberikan kepada guru mereka sempena Hari Guru yang akan diraikan pada hari Isnin akan datang.

Nizam

:

Apakah yang kamu baca pada tin biskut itu, Amandar?


Amandar

:

Saya membaca semua keterangan pada label tin itu. Sebelum saya membeli sesuatu barang saya mesti membaca labelnya terlebih dahulu. Saya tidak mahu ditipu.


Lily

:

Memang betul tu kerana keterangan pada label itu sungguh mustahak. Ada undang-undang yang mewajibkan pihak peniaga untuk meletakkannya.


Nizam

:

Bagus juga peringatan awak itu , sebab kita mudah terpengaruh untuk membeli sesuatu barang itu. Jadi tidaklah tersalah beli kerana ada orang mengingatkan kita.


Lily

:

Sebenarnya bukan saja kita dapat membaca tarikh luput sesuatu barang itu tetapi kita dapat juga membaca isi kandungan keterangan yang dicatatkan


Amandar

:

Kalau begitu, banyak perkaralah yang boleh kita pelajari dengan membaca label itu.


Nizam

:

Benar, Amandar dan Lily. Misalnya, pada kotak ubat-ubatan juga diberitahu cara menggunakannya. Kalau tidak teliti, kemungkinan kita akan mengalami kesan-kesan sampingan yang membahayakan diri sendiri.


Lily

:

Bukan itu saja, kawan-kawan. Kita dapat mengetahui cara memasak sesuatu makanan kerana ada disediakan resipi. Cuma kita hendak cuba atau tidak saja.

Amandar

:

Susah-susah sangat kita adukan kesemua masalah yang berbangkit kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau kepada Persatuan Pengguna yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.


Nizam

Cakap-cakap juga hadiah untuk guru kita belum kita beli lagi. Marilah kita ke bahagian lain pula untuk mencari barang yang sesuai untuk guru kesayangan kita itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan