Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Ogos 2010

Video

Video

Video

Video

Video

Video

Video

Video

Video

Video

Jumaat, 27 Ogos 2010

Video

Video

KATA KERJA

Check out this SlideShare Presentation:

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

Nota

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.

2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.



Penjodoh Bilangan


Penggunaan

baris


Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang


Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji


Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk


Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das


Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor


Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus


Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat


Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya

jambak


Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping


Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul


Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras


Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar


Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang


Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat


Untuk pisang

ulas


Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya

utas


Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya


Tip



Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:



1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan. (salah)

(b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan. (betul)



Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak

digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.



2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)

(b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)



Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak.





3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
di rambutnya. (salah)

(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)



Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan

bersesuaian dengan konteks ayat.

Proses Penulisan Karangan

Proses Penulisan Karangan
3 ciri penting karangan yang baik :

Pengenalan

Isi/Idea

Penutup

Peroses Penulisan Karangan

1. Memilih Tajuk dan Menganalisis Soalan
► Baca kelima-lima soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan yang dirasakan paling mudah, iaitu anda mempunyai isi-isi yang cukup, boleh mengolah isi-isi tersebut, mempunyai contoh-contoh yang sesuai.
► Selepas itu anda perlu menganalisis soalan tersebut dengan melengkap perkara-perkara berikut:

Format(F):……………..
Topik(T)……………..
Persoalan (P) : …………….

Contoh:
Masyarakat pada hari ini semakin kurang berminat untuk membaca bahan ilmiah.
Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku?
Format (F) : Pendapat
Topik (T) : Kurang berminat membaca bahan ilmiah
Persoalan (P) : Faktor penyebab berlakunya kurang minat membaca bahan ilmiah.


2. Merangka Karangan
► Lakarkan acuan format secara ringkas.
► Catatkan sekurang-kurangnya 5 isi mengikut kepentingan.
► Catatkan juga contoh-contoh untuk setiap isi tadi.
► Catatkan peribahasa/simpulan bahasa/cogan kata/slogan yang sesuai.
► Catatkan penanda-penanda wacana yang boleh digunakan.
► Catatkan data/statistik yang boleh digunakan.
► Catatkan juga pantun/kata-kata pujangga/kata-kata tokoh


3. Menulis Karangan
► Pastikan Karangan anda terbahagi kepada 3 bahagian:
. Pendahuluan = 1 perenggan
. Isi = 5 perenggan
. Kesimpulan = 1 perenggan
► Pendahuluan anda mestilah mengekalkan tajuk, padat dan dapat menggambarkan isi yang akan ditulis.

► Setiap isi harus ditulis dalam satu perenggan sahaja.
► Isi mesti mempunyai kaitan antara satu sama lain dan dihubungkaitkan dengan penanda wacana antara perenggan dan pemerengganan mesti seimbang.
► Setiap perenggan perlu ada pelbagai ragam ayat (Ayat Penyata, Ayat Perintah, Ayat Seruan, dan Ayat Tanya)
► Pelbagaikan penggunaan kosa kata yang tidak terlalu ‘canggih’
► Bahagian kesimpulan tidak boleh ditinggalkan.
► Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca.
► Panjang karangan yang baik mesti melebihi 500 patah perkataan.
► Pastikan karangan anda tidak kurang daripada 350 patah perkataan

4. Menyemak Karangan

► Karangan anda perlu disemak bagi mengesan sebarang kesilapan ejaan, tanda baca, kesalahan penggunaan huruf kecil/besar, dan pelbagai kesalahan tatabahasa yang lain.


Teknik Penulisan Karangan

1. Penulisan Perenggan Pendahuluan

Perenggan pendahuluan harus mengandungi frasa-frasa yang menjadi isi utama sesuatu karangan. Bagi memudahkan penulisan perenggan, anda digalakkan menggunakan teknik berikut. Perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan tersebut adalah seperti berikut:
.Isu-isu semasa tajuk
.Keseriusan isu (masalah) tersebut
. Persoalan yang hendak ditimbulkan
(yang akan dibincangkan dalam karangan)

► Contoh: Penderaan Kanak-kanak : Faktor dan langkah
Dewasa ini, masalah penderaan kanak-kanak semakin kronik di Malaysia. Saban hari, kita terbaca di akhbar atau mendengar berita daripada media elektronik seperti radio dan televisyen tentang isu ini. Misalnya,kematian dua orang kanak-kanak yang bernama B. Balasundram dan Nor Fitri akibat didera cukup menyayatkan perasaan kita. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mewujudkan masalah ini? Adakah kita akan membiarkan gejala ini berterusan dan menghakiskan nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat? Tepuk dada tanyalah selera.



CONTOH 2 : Vandalisme : Faktor dan Langkah

‘Tiga buah pondok telefon dibakar’, ‘sampah sarap bertaburan di pusat rekreasi’, dan ‘ tandas awam diconteng dengan kata-kata lucah’. Begitulah bunyinya tajuk-tajuk berita yang sering dipaparkan di media massa tentang gejala vandalisme yang semakin berleluasa dalam masyarkat kita ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada berleluasanya fenomena ini? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi menanganinya. Janganlah apabila sudah terhantuk baru hendak terngadah.


2. Penulisan Perenggan Isi

Setiap perenggan isi harus mengandungi satu isi sahaja. Komponen bagi setiap perenggan isi adalah seperti berikut:
► Idea utama
► Huraian idea utama
► Contoh/Bukti
► Rumusan/komen

Contoh : Peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja

Idea utama

Salah satu tanggungjawab yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam membendung masalah sosial adalah memberikan pendidikan agama kepada para remaja.

Huraian Idea Utama

Pendidikan agama harus diberikan oleh ibu bapa sebelum seseorang anak itu meningkat remaja, bak kata pepatah Melayu ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Pendidikan agama sangat penting diberikan kepada anak-anak bagi membolehkan mereka membezakan yang mana intan dan yang mana kaca, seterusnya mengelakkan mereka daripada mengalami keruntuhan moral. Impaknya, anak-anak ini akan membesar dengan satu kawalan sosial yang mengarahkan tingkah laku yang positif.

Contoh / Bukti

Antara pendekatan yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa ialah mengajak anak-anak mereka bersama-sama melakukan ibadat yang diwajibkan oleh agama masing-masing. Seterusnya, ibu bapa harus menunjukkan contoh atau teladan yang baik dengan mempraktikkan segala ajaran agama dengan sempurna kerana sikap murni ini akan menjadi ikutan anak-anak, seperti kata pepatah Melayu bagaimana acuan begitulah kuihnya.




Rumusan / komen

Jadi, jelaslah kepada kita bahawa pendidikan agama yang sempurna daripada ibu bapa kepada anak-anak merupakan benteng utama yang dapat menghindari kebejatan sosial dalam kalangan remaja pada hari ini.


► Kemudian gabungkan semuanya menjadi satu perenggan isi.

Salah satu tanggungjawab yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam membendung masalah sosial adalah memberikan pendidikan agama kepada para remaja Pendidikan agama harus diberikan oleh ibu bapa sebelum seseorang anak itu meningkat remaja, bak kata pepatah Melayu ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Pendidikan agama sangat penting diberikan kepada anak-anak bagi membolehkan mereka membezakan yang mana intan dan yang mana kaca, seterusnya mengelakkan mereka daripada mengalami keruntuhan moral. Impaknya, anak-anak ini akan membesar dengan satu kawalan sosial yang mengarahkan tingkah laku yang positif. Antara pendekatan yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa ialah mengajak anak-anak mereka bersama-sama melakukan ibadat yang diwajibkan oleh agama masing-masing. Seterusnya, ibu bapa harus menunjukkan contoh atau teladan yang baik dengan mempraktikkan segala ajaran agama dengan sempurna kerana sikap murni ini akan menjadi ikutan anak-anak, seperti kata pepatah Melayu bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa pendidikan agama yang sempurna daripada ibu bapa kepada anak-anak merupakan benteng utama yang dapat menghindari kebejatan sosial dalam kalangan remaja pada hari ini.


3. Penulisan Perenggan Penutupan

Perenggan penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat dan hujah-hujah yang telah dikemukakan. Beberapa perkara penting diberi perhatian semasa menulis pentup. Antaranya ialah:
Memberikan kesimpulan atau rumusan
Memberikan saranan atau pandangan dan harapan
Selitkan peribahasa atau simpulan bahasa atau cogan kata
Menyatakan pendirian penulis.

Contoh:
Konklusinya, fenomena ini harus difokus dari perspektif global. Oleh itu, keprihatinan semua pihak adalah perlu untuk menangani masalah …………….. agar masyarakat madani dapat dibentuk. Sehubungan dengan itu, pelaksanaannya harus bersifat pragmatik supaya dapat melestarikan impak yang positif agar dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendek kata, masyarakat dan kerajaan harus berganding bahu dan bergembleng tenaga, bak kata pepatah Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam membendung gejala ini.




4. Penulisan Ayat Transisi

Ayat transisi amat penting untuk menghubungkan perenggan isi agar wujud suatu kesinambungan isi yang berlainan unsur (isi kebaikan dan isi keburukan).

Contoh: 1 (Menghubungkan isi kebaikan dan isi keburukan)

Seperti mana yang kita sedia maklum, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Setiap yang sempurna di dunia ini pasti ada kecacatan dan kelemahannya. ………… juga tidak terkecuali daripada hakikat ini. Antara keburukannya ialah ………………………

Contoh : 2 (Menghubungkan isi faktor dan isi langkah)

Berdasarkan dua hujah faktor di atas, jelaslah kepada kita bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin serius. Oleh itu, beberapa langkah boleh diambil untuk membendung masalah ini dengan segara. Antara langkah yang boleh diambil ialah ………………………………….

Teknik Membaca Puisi

1. INTRODUKSI



Deklamasi berasal dari bahasa Latin yang maksudnya declamare atau declaim yang membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.



Umumnya memang deklamasi berkait rapat dengan puisi, akan tetapi membaca sebuah cerpen dengan lagu atau gerak tubuh juga bisa dikatakan mendeklamasi. Mendeklamasikan puisi atau cerpen bermakna membaca, tetapi membaca tidak sama dengan maksud mendeklamasi. Maksudnya di sini bahawa apapun pengertian membaca tentunya jauh berbeda dengan maksud deklamasi.



2. MAKNA KATA DEKLAMASI



Sudah jelas deklamasi itu berasal dari bahasa asing, jadi maknanya ia bukan kata asli Malaysia atau Indonesia. Ia sudah lama digunakan hingga menjadi bahasa Malaysia. Memang keadaan semacam ini sering berlaku di Malaysia, misalnya kata neraka, izin, zaman, ajal, karam dan lain-lain berasal dari bahasa Arab, sedang tauco, tauge berasal dari bahasa Tionghua. Manakala dastar, kenduri, kelasi berasal dari bahasa Persi. Lampu, mesin, koki, repot dari bahasa Belanda, manakala pensil, botol berasal dari bahasa Inggeris dan demikianlah halnya deklamasi berasal dari bahasa Latin.



Di Indonesia perkataan deklamasi sudah ada lewat tahun 1950 dan di Malaysia hanya terkenal sejak kebelakangan ini, tetapi sebelum itu disebut baca puisi dan adapun orang mulai mendeklamasi puisi sudah sejak berpuluh tahun yang lalu, baik di Malaysia ataupun di luar negeri. Deklamasi ertinya membawa puisi-puisi, sedang orang yang melakukan deklamasi itu disebut "Deklamator" untuk lelaki dan "Deklamatris" untuk perempuan.



Apa bezanya deklamasi dan nyanyi? Menyanyi ialah melagukan suatu nyanyian dengan menggunakan not-not do-re-mi atau not balok, sedang deklamasi ialah membawakan pantun-pantun, syair, puisi atau sajak dengan menggunakan irama dan gaya yang baik. Disamping itu kita mengenal pula: menari, melukis, memahat, sandiwara dan lain-lain. Semuanya itu mempunyai cara-cara dan aturannya sendiri-sendiri.





3. BAHAN YANG DIDEKLAMASIKAN



Tentu saja tidak semua pantun, sajak atau puisi dapat dideklamasikan, malah cerpen dan novel juga boleh dideklamasikan/soalnya kita harus memilih mana sajak, puisi, pantun-pantun yang baik dan menarik untuk dideklamasikan.



Kala kita menyanyi biasanya memilih lagu-lagu yang dapat kita nyanyikan, seperti "Bintang Kecil" atau lagu-lagu yang rentaknya keroncong dan lain-lain, pokoknya semua lagu yang telah kita nyanyikan. Bagaimana kita akan menyanyi, kalau kita tidak dapat menyanyikan sesuatu lagu?



Demikian pula halnya dengan deklamasi. Hanya saja kalau menyanyi itu harus mempelajari not-notnya dahulu, sedang pada deklamasi harus dipelajari tanda-tanda atau aturan-aturannya dahulu. Seperti telah kita terangkan di atas, yang dideklamasikan itu hanya yang berupa pantun, syair, sajak atau puisi dalam bahasa Malaysia, tetapi sejak dulu orang pernah juga mendeklamasikan puisi dalam bahasa daerah seperti bahasa Bajau, Kadazan, Murut, Brunei, Iban atau Dusun dan di sini hanya diperkatakan dan dipelajari deklamasi dalam bahasa Malaysia saja.



4. CARA BERDEKLAMASI



Seperti telah dijelaskan bahawa berdeklamasi itu membawakan pantun, syair dan sajak atau puisi. Kemudian apakah cukup hanya asal membawakan sahaja? Tentu tidak! Berdeklamasi, selain kita mengucapkan sesuatu, haruslah pula memenuhi syarat-syarat lainnya. Apakah syarat-syarat itu? Sebelum kita berdeklamasi, kita harus memilih dulu pantun, syair, sajak apa, yang rasanya baik untuk dideklamasikan. Terserah kepada keinginan masing-masing.



Yang penting pilihlah sajak atau puisi, pantun atau syair yang memiliki isi yang baik dan bentuk yang indah dideklamasikan. Mengenai hal isi tentunya dapat minta nasihat, petunjuk dan bimbingan daripada mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan atau ahli dalam bidang deklamasi.



Kalau kita sudah memilih sebuah puisi misalnya, tentu saja boleh lebih dari sebuah. Hal ini sering terjadi dalam sayembara yang dikira harus terdiri puisi wajib dan puisi pilihan. Nah, sesudah itu, lalu apa lagi yang harus kita perbuat? Maka tidak boleh tidak harus mentafsirnya terlebih dahulu.



5. MENAFSIR PUISI



Apakah puisi yang kita pilih itu berunsur kepahlawanan, keberanian, kesedihan, kemarahan, kesenangan, pujian dan lain-lain? Kalau puisi yang kita pilih itu mengandung kepahlawanan, keberanian dan kegagahan, maka kitapun harus mendeklamasikan puisi tersebut dengan perasaan dan laku perbuatan, yang menunjukkan seorang pahlawan, seorang yang gagah berani. Kita harus dapat melukiskan kepada orang lain, bagaimana kehebatan dan kegagahan kapal udara itu. Bagaimana harus mngucapkan kata-kata yang seram dan menakutkan.



Sebaliknya kalau saja puisi yang kita pilih itu mengadung kesedihan, sewaktu kita berdeklamasi haruslah betul-betul dalam suasana yang sedih dan memilukan, bahkan harus bisa membuat orang menangis bagi orang yang mendengar dan melihat kita sedih, ketika dideklamasikan menjadi sebuah puisi yang gembira, bersukaria atau sebaliknya. Tentu saja hal-hal seperti itu harus dijaga benar-benar. Kerana itu, harus berhati-hati, teliti, tenang dan sungguh-sungguh dalam menafsir sebuah puisi.



Bacalah seluruh puisi itu berulang-ulang sampai kita mengerti betul apa-apa yang dikandung dan dimaksud oleh puisi tersebut. Juga kata-kata yang sukar dan tanda-tanda baca yang kurang jelas harus difahami benar-benar, Jika sudah dimengerti dan diselami isi puisi itu, barulah kita meningkat ke soal yang lebih lanjut.



6. MEMPELAJARI ISI UNTUK MENDEKLAMASI PUISI



Cara mengucapkan puisi itu tak boleh seenaknya saja, tapi harus tunduk kepada aturan-aturannya: di mana harus ditekankan atau dipercepatkan, di mana harus dikeraskan, harus berhenti, dimana harus dilambatkan atau dilunakkan, di mana harus diucapkan biasa dan sebagainya. Jadi, bila kita mendeklamasikan puisi itu harus supaya menarik, maka harus dipakai tanda-tanda tersendiri:





------- Diucapkan biasa saja

/ Berhenti sebentar untuk bernafas/biasanya pada koma atau di tengah baris

// Berhenti agak lama/biasanya koma di akhir baris yang masih berhubungan

ertinya dengan baris berikutnya

/// Berhenti lama sekali biasanya pada titik baris terakhir atau pada penghabis

san puisi

^ Suara perlahan sekali seperti berbisik

^^ Suara perlahan sahaja

^^^ Suara keras sekali seperti berteriak

V Tekanan kata pendek sekali

VV Tekanan kata agak pendek

VVV Tekan kata agak panjang

VVVV Tekan kata agak panjang sekali

____/ Tekanan suara meninggi

____ Tekanan suara agak merendah

\



Cara meletakkan tanda-tanda tersebut pada setiap kata masing-masing orang berbeda tergantung kepada kemahuannya sendiri-sendiri. Dari sinilah kita dapat menilai: siapa orang yang mahir dan pandai berdeklamasi.



Demikianlah, setelah tanda-tanda itu kita letakkan dengan baik dan dalam meletakkannya jangan asal meletakkan saja, tapi harus memakai perasaan dan pertimbangan, seperti halnya kalau kita membaca berita: ada koma, ada titik, tanda-tandanya, titik koma dan lain-lain.



Kalau tanda-tanda itu sudah diletakkan dengan baik, barulah kita baca puisi tersebut berulang-ulang sesuai dengan irama dan aturan tanda itu. Dengan sendirinya kalau kita sudah lancar benar, tekanan-tekanan, irama-irama dan gayanya takkan terlupa lagi selama kita berdeklamasi.



7. PUISI HARUS DIHAFAL



Mendeklamasi itu ialah membawakan puisi yang dihafal. Memang ada juga orang berdeklamasi puisi di atas kertas saja. Cara seperti itu kurang enak kecuali jika untuk siaran pembacaan puisi di radio atau rakaman. Tetapi deklamasi itu selalu saja didengar dan ditonton orang. Mana mungkin para penonton akan senang, melihat kita berdeklamasi kalau muka kita tertunduk melulu terus menerus kala mendeklamasikan puisi itu. Tentu saja membosankan bukan?



Makanya sebaik mungkin deklamator harus menghafal puisi yang mahu dideklamasi itu. Caranya ulangilah puisi itu berkali-kali tanpa mempergunakan teks, sebab jika tidak demikian di saat kita telah naik pentas, kata-kata dalam puisi itu tak teringat atau terputus-putus.



Betapa lucunya seorang deklamator, ketika dengan gaya yang sudah cukup menarik di atas panggung, di muka penonton yang ramai, tiba-tiba ia lupa pada kalimat-kalimat dalam puisi. Ia seperti terhenti, terpukau, mau bersuara tak tentu apa yang harus diucapkan. Mau mengingat-ingat secara khusuk terlalu lama. Menyaksikan keadaan demikian itu sudah tentu para penonton akan kecewa. Bagi sideklamator sendiri akan mendapat malu. Oleh kerana itu dihafalkanlah puisi itu sebaik-baiknya sampai terasa lancar sekali. Setelah dirasakan yakin, bahawa sebuah puisi telah sanggup dibaca di luar kepala, barulah berlatih mempergunakan mimik atau "action"



Cara menghafal tentu saja dengan cara mengingatnya sebaris demi sebaris dan kemudian serangkap demi serangkap disamping berusaha untuk mengerti setiap kata/ayat yang dicatatkan kerana hal itu menjadi jelasnya maksud dan tujuan isi puisi itu.



8. DEKLAMASI BUKAN UCAPAN SEMATA



Deklamasi bukan ucapan semata. Deklamasi harus disertai gerak-gerak muka, kalau perlu dengan gerak seluruh anggota badan atau seluruh tubuh, tetapi yang paling penting sekali ialah gerak-gerak muka. Dengan ucapan-ucapan yang baik dan teratur, diserta dengan gerak geri muka nescaya akan bertambah menarik, apa lagi kalau ditonton. Dari gerak geri muka itu penonton dapat merasakan dan menyaksikan mengertikan puisi yang dideklamasikan itu. Apakah puisi itu mengandung kesedihan, kemarahan, kegembiraan dan lain-lain.



Hanya saja dalam melakukan gerak geri itu jangan sampai berlebih-lebihan seperti wayang orang yang bergerak ke sana ke mari, sehingga mengelikan sekali. Berdeklamasi secara wajar, tertib dan mengesankan.









9. CARA MENGHAKIMI



Untuk mudahnya bagi seorang deklamator/deklamatris melengkapi dirinya dalam mempersiapkan kesempurnaan berdeklamasi, maka seorang calon harus mengetahui pula hal-hal yang menjadi penilaian hakim dalam suatu sayembara deklamasi. Yang menjadi penilaian hakim terhadap pembawa puisi atau deklamator meliputi bidang-bidang seperti berikut:



A. PENAMPILAN/PERFORMANCE



Sewaktu pembawa puisi itu muncul di atas pentas, haruslah diperhatikan lebih dahulu hal pakaian yang dikenakannya. Kerapian memakai pakaian, keserasian warna dan sebagainya akan menambahkan angka bagi si pembawa puisi. Tentu saja penilaian pakaian ini bukan terletak pada segi mewah tidaknya pakaian itu, tetapi dalam hal kepantasan serta keserasiannya. Kerana itu, perhatikanlah pakaian lebih dahulu sebelum tampil di atas pentas. Hindarikan diri dari kecerobohan serta ketidakrapian berdandan.



B. INTONASI/TEKANAN KATA DEMI KATA



Baris demi baris dalam puisi, sudah tentu tidak sama cara memberikan tekanannya. Ini bergantung kepada kesanggupan dipembawa puisi menafsirkan tiap-tiap kata dalam hubungannya dengan kata lainnya. Sehingga ia menimbulkan suatu pengungkapan isi kalimat yang tepat. Kesanggupan sipembawa puisi memberikan tekanan-tekanan yang sesuai pada tiap kata yang menciptakan lagi kalimat pada baris-baris puisi, akan memudahkan mencapai angka tertinggi dalam segi intonasi.



C. EKSPRESI/KESAN WAJAH



Kemampuan sipembawa puisi dalam menemukan erti dan tafsiran yang tepat dari kata demi kata pada tiap baris kemudian pada kelompok bait demi bait puisi akan terlihat pada kesan air muka atau wajahnya sendiri. Ada kalanya seorang pembawa puisi tidak menghayati isi dan jiwa tiap baris puisi dalam sebuah bait, sehingga antara kalimat yang diucapkan dan airmuka yang diperlihatkan tampak saling bertentangan.



Jadi, penghayatan itu sangat penting dan ia harus dipancarkan pada sinar wajah si pembawa puisi. Misalnya sebuah bait dalam puisi yang bernada sedih haruslah digambarkan oleh sipembawa puisi itu melalui airmukanya yang sedih dan bermuram durja.







D. APRESIASI/PENGERTIAN PUISI



Seorang pembawa puisi akan dinilai mempunyai pengertian terhadap sesuatu puisi, manakala ia sanggup mengucapkan kata demi kata pada tiap baris puisi disertai kesan yang terlihat pada airmukanya. Jika tidak berhasil, dikatakannya sipembawa puisi itu belum mempunyai apresiasi atau apresiasinya terhadap puisi itu agak kurang. Dalam istilah umumnya apresiasi diterjemah lebih jauh lagi sebagai penghayatan.



Seorang pendeklamator yang baik/ia harus menghayati makna dan isi puisi yang mahu dideklamasikan dan tanpa menghayatinya, maka sudah tentu persembahannya bakal hambar, lesu dan tak bertenaga.



E. MIMIK/ACTION



Mimik atau action dalam sebuah deklamasi puisi sangat besar pengaruhnya terhadap pembentukan suasana pembacaan puisi. Seorang pembawa puisi yang berhasil ia akan mengemukan sesuatu action atau mimik itu sesuai dengan perkembangan kata demi kata dalam tiap baris dan tidak bertentangan dengan jiwa dan isi kata-kata kalimat dalam puisi.



Terjadinya kontradiksi antara apresiasi dan action menimbulkan kesan yang mungkin bisa menjadi bahan tertawaan penonton, Hal ini harus dipelajari sebaik-baiknya oleh sipembawa puisi. Tanpa hal itu, ia tak mungkin bisa mndapatkan angka terbaik dalam pembawaan puisi.



Sebagi contoh: ketika dipembawa sajak menyebut "dilangit tinggi ada bulan" tetapi mimik kedua belah tangan menjurus ke bumi, Hal ini akan menimbulkan bahan tertawaan bagi penonton, mana mungkin ada bulan di bumi, tentu hal itu tidak mungkin sama sekali. Betapapun bulan selalu ada di langit. Inilah yang dimaksud betapa pentingnya pembawa sajak menguasai apresiasi puisi, sehingga dapat menciptakan mimik yang sesuai dengan keadaan isi dan jiwa puisi itu.





F. TATATERTIB



Untuk menambahkan lebih sempurna lagi bagi pengetahuan seorang deklamator atau deklamatris, maka dibawa ini kita kemukakan beberapa tatatertib berdekmalasi:



F.1 Berdirilah baik-baik di atas pentas yang telah tersedia



F.2 Pakaian harus menimbulkan kesan yang menarik dan menyenangkan



F.3 Menghadap kepada penonton, memandang ke sekeliling dengan airmuka yang berseri-seri, lalu memberi salam kepada hadirin dengan hormat, Dengan jalan menganggukkan kepala.



F.4 Bacalah jodol puisi dan sebut nama penulisnya dengan suara yang jelas/tepat dengan nada suara yang wajar



F.5 Berhenti beberapa detik, menyiapkan nafas, lalu mulailah pembacaan deklamasi itu sebaris demi sebaris, bait demi bait.



F.6 Selama pembacaan puisi, perhatian harus tercurah kepada puisi itu sendiri dan jangan tergoda oleh hiruk pikuk suara atau bunyi lain terutama sekali penonton.



F.7 Ketika pembacaan puisi itu selesai, berhentilah beberapa saat, melepaskan nafas, lalu menghormati penonton dan kepada para hakim.



F.8 Biasakanlah dengan sikap yang tenang dan wajar ketika meninggalkan pentas dan tidak usah tergesa-gesa.





10. HARAPAN DAN ANJURAN



Sesuai dengan pembangunan yang berencana di bidang pendidikan dan pengajaran, maka pelajaran deklamasi itu mendapat tempat dan sambutan yang baik di kalangan murid-murid sekolah dan orang awam, guru-guru dan masyarakat Malaysia. Sebab pelajaran deklamasi amat penting sekali dan tentu saja diharapkan sangat deklamasi terus mendapat perhatian yang besar.



Murid sekolah sangat-sangat memerlukan bimbingan dan petunjuk dari guru yang berkebolehan, apa lagi dengan adanya acara hari kemerdekaan, hari guru, hari ibu dan sebagainya dan dengan bantuan dari mereka yang berkebolehan, maka sudah tentu bidang deklamasi ini akan lebih hebat lagi dan sekaligus akan dapat membentuk manusia Malaysia yang baik, berjiwa besar dan punya semangat yang kuat untuk mempertahankan maruah bangsa sejagat.

Teknik Membaca Berkesan

TEKNIK MEMBACA BERKESANMotivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Teknik Membaca Berkesan
Motivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Teknik Membaca Berkesan
Teknik Membaca PQRST
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)
MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Membaca Dengan Berkesan: Panduan Umum Artikel Motivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRSt, Pembaca yang Baik

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal
Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

KUALITI-KUALITI PEMBACA YANG BAIKMotivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Teknik Membaca Berkesan

Pembaca yang baik adalah yang:
  • Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.
  • Memastikan semua bacaan yang dibacanya, difahami dengan sepenuhnya.
  • Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam kehidupan sehariannya.

Peringatan

  • Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya diajar oleh guru di kelas.
  • Sewaktu membaca, garis atau catat isi-isi pentingnya.
  • Sediakan soalan-soalan jika perlu.

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Membaca)

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Membaca)

Definisi

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.

Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman
selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.

Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

· mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

· mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

· menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.

· mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang kengkap.

· mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.

Proses Membaca

Daripada definisi-definisi yang telah dibincangkan, ternyata bahawa membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

1. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.

Deria penglihatan

Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.

Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan


2. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti:

· mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan

· “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak

· ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar,

· turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.

3. Membaca sebagai satu proses bahasa

Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.

4. Membaca adalah satu proses kognitif

Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.


Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu;

· semua “benda” mempunyai nama,

· nama benda boleh ditulis dalam perkataan,

· kedua-duanya saling bertukar,

· simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak adalah:

· keadaan fizikal

· pengalaman dan persekitaran

· emosi, motivasi, dan sahsiah

· kecerdasan

· pengamatan

· penguasaan bahasa

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca

ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.


Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan murid

ii. peringkat mendirikan asas

iii. peringkat melatih membaca dan memaham

iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat

v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.


Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memahami.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.


Pemulihan Bacaan

1. Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

2. Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan:

A. Peringkat huruf (abjad)

· Huruf kecil (a-z)

- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf

· Huruf besar (A-Z)

- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf

- memadan huruf besar-huruf kecil

· Diskriminasi penglihatan

- huruf-huruf yang berdekatan bentuk

- huruf besar dalam perkataan

- huruf-huruf kecil dalam perkataan

· Diskriminasi pendengaran huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

· Pembalikan huruf (reversals)

- huruf besar

- huruf kecil

B. Peringkat Perkataan

· membatang suku kata terbuka

· membatang suku kata tertutup

· membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

C.Peringkat Perkataan

· pembalikan perkataan

· membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan

· membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam
perkataan

· Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam
perkataan

· Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang
mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan

· Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan

· Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

D. Peringkat Frasa

· Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

E. Peringkat Ayat

· Membaca ayat-ayat pendek

· membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru merekod kesalahan –kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:

· membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang ditinggalkan

· Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata

· Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan

· Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah

· Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu:

· membatang suku kata terlebih dahulu

· bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan

· membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan

· membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak

· tidak boleh membaca langsung

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.



Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan Bacaan

Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan pengajaran pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al., 1989) telah menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.

Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan murid.

Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.

Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:

Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.

Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.


Kesimpulan

Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.