Cari Blog Ini

Selasa, 9 November 2010

Menulis

Laporan lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada mei 2009,Sekolah Kebangsaan Seri Indah mengadakan lawatan sambil belajar ke melaka.seramai 40 orang murid mengikuti lawatan dan diiringi oleh empat orang guru.
Kami berkumpul di sekolah pada jam lapan pagi.Tidak lama kemudian,bas tiba di sekolah kami.kami beratur ketika ingin menaiki bas tersebut.Tiba di dalam bas,kami mengadakan acara berbalas pantun.kami seronok berAda di dalam bas itu selama setengah jam.
Apabila sampai,kami singgah ke Ayer Keroh .Disana terdapat banyak buah tangan dan cendramata.selepas itu,kami melawat ke tempat yang menarik iaitu bangunan bersejarah,muzium,zoo negara dan banyak lagi.Pelbagai keindahan alam yang boleh kami lihat disini.
Jam dua petang,kami melawat ke kota A'Famosa.Kot A'FAmosa adalah tempat yang bersejarah di melaka.selain itu kita juga boleh melihat pokok melka,perigi hang lipo,
kubur Hang Jebat dan banyak lagi
Selepas itu,bas menuju ke Bandar Hilir,di situ kami boleh melihat beberapa orang rakan kami kagum melihat kecantikan rekaan kraf tangan itu.kami membeli buah tangan untuk keluarga yang berada di rumah.
Jam lima Petang,bas bertolak pulang.Kami tiba di sekolah selepas setengah jam kemudian.walaupun kami berasa penat,tetapi kami gembira dapat melawat ke melaka.kami berharap dapat pergi ke sana pada hari yang lain.
Laporan ditulis oleh
..............
[FATIN FARHANA]
setiausaha
Persatuan bahasa melayu

Menulis

Strategi Menulis Karangan

Ada lima langkah penting yang perlu anda ikut apabila menulis karangan.

1. Memilih tajuk yang tepat

2. Mencari kunci tajuk

3. Menyediakan rangka karangan

4. Menulis karangan

5. Menyunting atau menyemak karangan.

Memilih Tajuk yang Tepat

1. Sesuai dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda menghuraikannya atau mengembangkannya sehingga menjadi karangan yang cukup isinya.

2. Faham akan kehendak tajuk.

3. Berupaya menghuraikannya atau mengembangkannya.

4. Pilih tajuk yang benar-benar anda kuasai supaya karangan yang anda tulis itu tepat, padat, dan bernas.

5. Fahami format dan laras bahasa karangan yang hendak anda tulis.

Mencari Kunci Tajuk

1. Antara kata atau rangkai kata yang mungkin menjadi kunci tajuk termasuklah kata atau rangkai kata seperti bincangkan, gambarkan, cadangkan, tulislah, andaikan, nyatakan pendapat anda, dan sebagainya.

2. Selepas memahami kunci tajuk, rancanglah rangka karangan anda supaya sesuai dengan kehendak soalan.

Menyediakan Rangka Karangan

1. Rangka karangan penting supaya anda tidak lupa akan fakta-fakta atau isi-isi penting yang hendak anda huraikan.

2. Dengan merujuk kepada rangka isi karangan, anda akan dapat menulis karangan secara tersusun dan tidak menyimpang daripada kehendak tajuk atau soalan.

3. Rangka karangan hendaklah ringkas dan sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting.

4. Rangka karangan anda mestilah terdiri daripada

a) Pendahuluan

b) Isi-isi penting

c) Penutup

Menulis Karangan

1. Pada umumnya ada dua aspek utama yang dinilai pada karangan anda, iaitu aspek isi dan aspek bahasa.

2. Aspek isi dinilai dengan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) pertalian antara isi-isi dengan tajuk. Isi yang dipilih mestilah berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

b) kematangan fikiran anda menghuraikan dan memberi contoh yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

c) Isi-isi perlu disusun secara tertib.

3. Aspek-aspek bahasa pula dinilai dengan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) penggunaan tatabahasa

b) ejaan

c) penggunaan tanda baca

d) pembahagian perenggan

e) pemilihan kata yang tepat.

Pendahuluan

1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dengan menyentuh sesuatu perkara yang ada kaitannya dengan tajuk karangan secara umum.

2. Pendahuluan yang baik ialah yang dapat menarik minat pembaca serta mendorongnya untuk terus membaca.

Pembinaan Perenggan

1. Sebaik-baiknya satu perenggan harus berisi satu isi penting sahaja. Isi penting ini pula mestilah disertai isi-isi sampingan sebagai huraian lanjut kepada isi penting dan disertai contoh-contoh pula. (Isi Penting----à Huraian Lanjut ----à Contoh)

2. Huraian lanjut merupakan keterangan atau penjelasan sama ada maklumat tambahan, bahasan, ulasan, dan sokongan tentang isi penting.

Penjalinan Perenggan

1. Karangan yang baik mestilah mempunyai hubungan antara perenggan pertama dengan perenggan-perenggan yang lain.

2. Untuk memperlihatkan perkaitan antara isi, gunakan penanda wacana seperti namun demikian, walau bagaimanapun, sebaliknya, tambahan pula, dan sebagainya.

Penutup Karangan

1. Penutup karangan adalah kesimpulan karangan anda di samping dapat membayangkan pendirian anda tentang tajuk.

2. Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah lebih umum dan padat.

Menyemak Karangan

1. Tentukan agar isi-isi penting tidak tertinggal.

2. Tambahkan contoh jika perlu.

3. Semak aspek bahasa, ejaan, tanda baca, dan tatabahasa.

4. Semak jumlah kata dalam karangan anda.

Contoh : Belakangan ini stesen-stesen televisyen di negara kita banyak menyiarkan rancangan hiburan yang tidak mendorong perkembangan minda golongan remaja. Anda ingin memperkatakan hal tersebut serta nyatakan beberapa contoh rancangan yang anda maksudkan itu dan kemukakan alasan kritikan serta cadangan anda itu.

Pendahuluan

Televisyen merupakan media yang kuat pengaruhnya kepada penonton terutamanya golongan remaja. Terdapat beberapa rancangan yang kurang sesuai untuk mereka.

Isi-isi

Kesan rancangan hiburan

- mendedahkan budaya barat yang bertentangan dengan budaya timur. Remaja terpengaruh oleh cara-cara berpakaian, pertuturan dan sebagainya. Beri contoh

- Pemaparan unsur seks dan keganasan yang berlebihan. Mendorong remaja melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Melakukan jenayah dan merebak penyakit sosial. Beri contoh

- Saranan rancangan yang sesuai.

- Rancangan yang berunsur keagamaan dan menekan nilai moral

- Rancangan yang memberi pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi

- Rancangan yang berupaya meningkatkan kemahiran berfikir remaja.

- Rancangan yang menampilkan kerjaya tokoh-tokoh yang mengutamakan nilai-nilai ketimuran.

Penutup

Televisyen mestilah menjadi ciptaan sains dan teknologi yang berupaya melahirkan manusia yang lebih berkualiti, bukan yang rosak akhlaknya.

Menulis

3.1 PRATULISAN

3.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS
3.1 PRATULISAN
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.


3.2 PERINGKAT TULISAN MEKANIS
Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam.
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.
3.3 PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN
Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan. Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.


3.4 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN
a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.

i. --------- …………. ………….. …………... …………

c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis.

BULATAN BESAR – BULATAN KECIL






d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya.
e) Latihan membentuk garisan lurus.







f) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas.





g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.









3.5 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN TULISAN MEKANIS
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.







ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.





iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.



iv. latihan membentuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi

Menulis

Permainan Bahasa Kemahiran Menulis

LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Sassoon (1993) yang dipetik Norain Md. Nor, Norizan Esa dan Sarimah Saad (2005:11) menyatakan, guru-guru kurang memberi perhatian yang sewajarnya dalam proses pengajaran kemahiran menulis. Kaedah pengajaran yang tidak sesuai boleh membantutkan keupayaan pelajar untuk menulis dan seterusnya guru tidak menyedari akan tabiat buruk pelajar semasa menulis. Masalah ini perlu diatasi pada peringkat sekolah rendah lagi semasa proses mengeja. Kemungkinan yang berlaku, guru tidak menggunakan teknik atau kaedah pengajaran yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Edward M. Anthony (1963) yang dipetik daripada Kamarudin Hj. Husin(1988:77) memberi tafsiran; “A technique is implementational – that which actually takes place in a classroom. It is a particular trick, stratagem or contrivance used to accomplish an immediate objective.”

Teknik permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah, penulis telah memilih teknik permainan bahasa untuk mengukur keupayaan murid menguasai kemahiran menulis.

Permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Aktiviti ini ada hubung kaitnya dengan kandungan pelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, permainan bahasa boleh dijelaskan sebagai cara mempelajari bahasa melalui bermain atau murid belajar sambil bermain (Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz, 1995:3).

PERNYATAAN MASALAH

Tinjauan awal yang telah dibuat oleh penulis mendapati teknik pengajaran guru bahasa Melayu sekarang lebih berfokuskan kepada peperiksaan. Menurut Seman Saleh (2005), guru-guru banyak menggunakan format peperiksaan semasa menjalankan aktiviti pengajaran ataupun semasa menyediakan latihan kepada murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada peperiksaan akan memberi implikasi kepada murid-murid yang lemah. Mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran seperti mana murid-murid yang mempunyai tahap keupayaan yang tinggi.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk; i. mengenalpasti peranan teknik pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ii. mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam permainan bahasa. iii. mengenalpasti adakah teknik permainan bahasa dapat meningkatkan kemahiran murid-murid.

RASIONAL KAJIAN

Kajian ini perlu dijalankan kerana kebanyakkan guru kurang memberi penekanan terhadap teknik pengajaran. Menurut Naina Mohd. Bt. Md. Noor (2000), guru akan menampilkan stail pengajarannya yang mungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada strategi pengajaran berpusatkan murid apabila guru mendapati saiz bilik darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit. Menurut Abdullah Hassan (1989:67) menyatakan , kaedah pengajaran terus dimulakan dengan lisan, dengan tunjuk cara dan gambar-gambar atau objek-objek yang konkrit, dan murid akan menghafalnya dan cuba mengikutinya. Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan murid sederhana dan lemah tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan sempurna. Sehubungan itu, penulis mencadangkan teknik permainan bahasa yang lebih berpusatkan kepada murid.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di 10 buah sekolah di sekitar daerah Besut, Terengganu sahaja yang dipilih secara rawak. Dalam kajian ini, penulis akan memilih seramai tiga orang guru yang mengajar bahasa Melayu sebagai responden kajian. Responden adalah guru yang mendapat latihan pengkhususan dalam bidang bahasa Melayu ataupun selain daripada bidang bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga hanya berfokus kepada penggunaan teknik permainan bahasa dalam kemahiran menulis. Penulis ingin melihat sejauh mana guru-guru mengetahui dan mengaplikasikan teknik permainan bahasa dalam pengajaran kemahiran bahasa tersebut.

HASIL KAJIAN Selain itu, kajian ini juga membincangkan kekuatan dan kelemahan teknik permainan bahasa. Dapatan kajian mendapati sebanyak 49% responden bersetuju (14.7 responden) dan 29.2% sangat bersetuju (8.76 responden) dengan kekuatan yang terdapat dalam teknik permainan bahasa. Responden bersetuju bahawa teknik permainan bahasa boleh meningkatkan minat murid untuk belajar kemahiran bahasa sekali gus dapat memperbaiki kemahiran-kemahiran bahasa yang ada pada murid. Penggunaan teknik permainan bahasa semasa aktiviti pengajaran juga boleh memberi keseronokan kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Responden yang terdiri daripada guru yang mengajar bahasa Melayu juga menyatakan mereka pernah mengaplikasikan beberapa jenis permainan bahasa dalam pengajaran mereka seperti permainan silang kata bergambar, ‘Roda Impian’ kosa kata dan mencari benda yang tersembunyi. Ini menunjukkan guru-guru mengetahui tentang jenis-jenis permainan bahasa yang sesuai digunakan bagi murid yang terdiri daripada pelbagai tahap keupayaan.

Guru secara khususnya merujuk kepada guru bahasa Melayu perlu mempelbagaikan teknik dan aktiviti pengajaran semasa berada di dalam bilik darjah. Guru perlu merancang serta memilih permainan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid. Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek-aspek lain seperti penggunaan ruang kelas, waktu, kos yang diperlukan serta keselamatan murid semasa aktiviti dijalankan. Guru juga perlu memastikan penglibatan semua murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, guru perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas tentang permainan bahasa melalui maklumat-maklumat yang terdapat di laman sesawan atau melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan.

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati guru-guru yang mengajar bahasa Melayu mengaplikasi pelbagai teknik pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa aktiviti di dalam bilik darjah. Ini kerana, kepelbagaian dalam pengajaran memberi peluang kepada murid untuk memahami pengajaran dengan lebih mudah dan cepat. Sehubungan itu, penulis mencadangkan teknik permainan bahasa untuk digunakan dan hasil dapatan menunjukkan responden bersetuju dengan teknik ini dalam peningkatan prestasi murid. Selain itu, kajian ini menunjukkan teknik permainan bahasa dapat mengelakkan murid menjadi bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran apabila guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik.

Teknik permainan bahasa mempunyai pelbagai jenis permainan yang boleh dijalankan oleh guru. Namun, penulis telah mencadangkan tiga jenis permainan iaitu silang kata bergambar, mencari benda tersembunyi serta “Roda Impian’ kosa kata. Hasil dapatan menunjukkan ketiga-tiga jenis permainan ini telah digunakan oleh guru semasa pengajaran. Ini menunjukkan teknik permainan bahasa bukan sesuatu yang asing bagi guru kerana guru yang mewakili responden pernah menerima latihan perguruan daripada institut pengajian tinggi awam dan telah mempelajari pelbagai teknik-teknik pengajaran. Kenyataan ini turut dipengaruhi oleh bidang pengkhususan responden serta pengalaman guru mengajar bahasa Melayu.

Permainan-permainan bahasa juga adalah permainan yang mudah dan tidak memerlukan penggunaan ruang dan masa yang banyak serta sangat menyeronokkan. Namun begitu, guru-guru perlu peka dalam menyediakan serta merancang permainan ini. Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996), guru perlu merancang serta mengolah bahan agar sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran dan dijalankan mengikut jangka masa yang sesuai.

Penulis juga mendapati hasil daripada kajian ini akan memberi implikasi kepada beberapa pihak terutamanya guru. Guru perlu membuat persediaan yang rapi dari segi perancangan, persediaan harian dan juga bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran. Selain itu, guru juga perlu memantapkan lagi ilmu pedagogi yang sedia ada dengan menyertai kursus-kursus pedagogi serta seminar-seminar yang berkaitan dengan teknik pengajaran. Pihak-pihak yang bertanggungjawab yang lain seperti kementerian pendidikan, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah serta pihak pentadbiran sekolah juga perlu memberi sumbangan dalam meningkatkan prestasi murid di sekolah. Kesimpulannya, teknik permainan bahasa adalah salah satu teknik pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid khususnya kemahiran menulis. Selain itu, permainan bahasa boleh digunakan sebagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Namun guru perlu bijak dalam merancang aktiviti yang sesuai yang melibatkan ketiga-tiga kelompok murid tersebut. Setiap aktiviti yang dijalankan perlu disusuli dengan latihan pengukuhan agar murid-murid sedar bahawa permainan bahasa bukan sekadar satu permainan tetapi satu proses pembelajaran yang dipelajari secara bermain dan santai.


*Artikel ini adalah petikan daripada penulisan akademik penulis bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) pengkhususan Pengajian Melayu.

Menulis

Penulisan : Perbincangan

1.

Untuk makluman, tumpuan tugasan pada soalan minggu ini adalah untuk melihat sama ada murid-murid boleh atau tidak memahami kehendak soalan; iaitu dua kata kunci, pendapat kamu dan langkah-langkah/cara-cara kerajaan boleh menangani kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.

2.

Cuba lihat rajah di bawah ini. Isi-isi utama tertumpu kepada elemen W(Why), Mengapa dan H(How), Bagaimana.

3.

Sebelum memulakan penulisan, binalah rangka karangan terlebih dahulu. Rangka karangan dapat membantu pelajar menghasilkan karangan yang tersusun dan menepati format serta soalan yang dikemukakan.

4.

Sila perhatikan contoh rangka karangan yang disediakan di bawah ini:

Membina Rangka Karangan

Pendahuluan : Gambaran umum tentang tajuk yang diberikan.
(cukup dengan satu/dua ayat sebagai pendahuluan)

Isi-isi : 1. Membaiki kemudahan jalan raya

2. Menguatkuasakan undang-undang jalan raya

3. Menjalankan ujian memandu yang lebih praktikal

4. Mengadakan kempen keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa

Penutup : Rumusan/kesimpulan idea

5.

Setiap perenggan pendahuluan, isi-isi serta penutup perlulah dihuraikan dengan baik. Perhatikan contoh di bawah ini.

Teknik Menghuraikan Isi

Pendahuluan

:

Kadar kemalangan jalan raya di negara kita dikatakan antara yang tertinggi di dunia. Negara mengalami kerugian baik dari kehilangan harta benda mahupun kehilangan guna tenaga yang amat diperlukan.

Isi 1

:

Antara langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan membaiki kemudahan jalan raya. Jalan raya yang rosak, bengkang-bengkok dan berselekoh tajam perlu diperbaiki. Papan-papan tanda amaran juga perlu diperbanyak bagi memberikan peringatan kepada pengguna-pengguna jalan raya.

Isi 2

:

Selain itu, kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Pemandu-pemandu yang melanggar peraturan perlu didenda agar dengan cara ini membuatkan mereka lebih berhemah ketika menggunakan jalan raya. Pemandu-pemandu yang terlibat dengan kemalangan maut harus digantung lesennya.

Isi 3

:

Sehubungan dengan itu juga, kerajaan perlu mengadakan ujian memandu yang lebih praktikal untuk melahirkan pemandu yang cekap. Pemandu perlu yakin untuk mengendalikan kenderaan masing-masing ketika lalu-lintas sesak dalam cuaca yang panas. Pemandu juga perlu biasa dengan perkara-perkara asas dalam pengendalian sesebuah kenderaan.

Isi 4

:

Di samping itu, kerajaan juga perlu mengadakan kempen-kempen keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa. Pengguna-pengguna jalan raya perlu dididik supaya lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika berada di jalan raya. Jalan raya bukan tempat untuk berlumba, menunjukkan kekuatan ataupun tempat untuk bersuka-suka.

Penutup

:

Langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas adalah antara pilihan atau tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Namun demikian, semua langkah ini tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat sokongan dari semua pengguna jalan raya. Kemalangan adalah tragedi, marilah kita jadikan jalan raya di negara ini jalan raya yang paling selamat di dunia.